Monday, 2 January 2012

DJ - Perkahwinan : Jln Tanjung, Sijangkang

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NUR ELIA FASHA BINTI MOHD HAMIRI ♥ MUHAMMAD AZAM BIN HASSAN (MOHD HAMIRI BIN MISLAL & NOOR AZIAH BINTI IDROS)
  • LOKASI : BATU 9, JALAN TANJUNG, SIJANGKANG
  • TARIKH : 31hb DISEMBER 2011 & 1hb JANUARI 2012 (7 SAFAR 1433H)
    ----------------------------------------------------------------------------------

    Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia...

    Terasa sudah terlalu lama pula bagi saya untuk tidak menjengah masuk ke Sijangkang. Maka, adalah menjadi satu tugasan yang besar untuk saya agar majlis berjalan dengan lancarnya. Saya diberitahu bahawa ini adalah majlis di rumah pengantin perempuan. Ini bermakna, tugasan saya bertambah mencabar bagi memastikan tetamu berasa dialu-alukan selain memastikan majlis berjalan dengan meriahnya.

    Tugasan saya di sini bermula seawal 9 malam pada 31hb Disember 2011. Ini bermakna, saya menyambut tahun baru sambil melakukan tugasan saya. Namun, ianya bukanlah satu masalah bagi saya kerana memikul tugasan sebagai DJ di majlis perkahwinan merupakan satu kepuasan bagi saya. Suasana pada malam itu berjalan seperti biasa. Saya dikejutkan dengan ketibaan pengantin bersama dengan paluan kompang. Seterusnya, pengantin turut disandingkan dan ditepung-tawar. Pada malam tersebut juga pengantin melangsungkan ucapara memotong kek. Selesai sahaja kedua-dua majlis utama malam itu, majlis diteruskan dengan sesi karaoke suka-suka. Maka, berduyun-duyunlah tetamu yang mana dari kalangan kanak-kanak juga yang otai untuk ber-karaoke. Terasa tidak menang tangan melayan karenah mereka pada malam itu.

    Sesi karaoke melewati jam 12 tengah malam yang mana countdown untuk tahun baru turut diadakan. Hampir-hampir juga sesei karaoke berlanjutan sehingga jam 12:30 tengah malam hingga ke 1 pagi tiba-tiba segera dihentikan. Ini kerana, kami perlu menghormati permit sehingga jam 12 tengah malam yang telah diberikan. Keesokan harinya, kami telah memulakan tugasan seawal jam 9 pagi. Meskipun ketibaan tetamu dijangkakan pada jam 11 pagi, tetiba kami memulakan tugasan seawal yang mungkin bagi memeriahkan suasana serta menghiburkan para penanggah yang bertugas.

    Pada hari persandingan tersebut, pengantin tiba sekitar jam 12:45 tengah hari. Majlis tertumpu pada pengantin yang diraikan yang mana turut diraikan dengan upacara menepung-tawar, makan beradab juga memotong kek. Pada sesi memotong kek tersebut, pasangan mempelai turut mengambil kesempatan untuk menyuapkan ibu bapa mereka dan ianya kelihatan sungguh menyentuh hati dengan alunan lagu Ayah dan Ibu dendangan Sudirman atas permintaan mempelai sendiri. Kemudian, majlis menjadi semakin meriah apabila mempelai sangat sporting dengan menghadirkan diri kepada kami. Pada ketika itu, kami mengambil kesempatan untuk menjalankan permainan meniup belon terbesar yang disertai oleh kanak-kanak bawah 12 tahun serta bersama dengan mempelai tersebut. Permainan ini sebenarnya merupakan idea tuan rumah sendiri tetapi kami bertanggungjawab untuk menjalankannya dengan penuh kemeriahan. Alhamdulillah, pasangan mempelai memang sporting dan kanak-kanak yang menyertai juga sangat terhibur dan menceriakan suasana.

    Di samping itu juga, begitu banyak permintaan bagi sesi karaoke. Alhamdulillah, saya dapat menyempurnakan permintaan setiap individu yang hadir untuk ber-karaoke. Majlis ini selesai sekitar jam 4:45 petang seiringan dengan masuknya waktu solat fardhu Asar. Secara keseluruhannya, ini adalah sebuah majlis yang memuaskan dan bagi anda yang berkenan, boleh terus hubungi saya melalui cara-cara yang telah dinyatakan melalui blog ini.

    Jom layan gambar-gambar pada hari tersebut :)
    Inilah dia pasangan mempelai yang diraikan
    Ini adalah kek 4 tingkat yang disediakan untuk mempelai~
    Pasangan mempelai ketika ucapara memotong kek.
    Pengantin perempuan menyuapkan kek ke mulut ayahandanya.
    Ciuman kasih daripada seorang anak kepada ayahnya :)
    Mempelai bersalaman sebagai tanda memohon restu.
    Pasangan mempelai yang sporting ber-karaoke.
    Kanak-kanak leka meniup belon.
    Pasangan mempelai yang juga sporting meniup belon.
    Rambang mata pengantin nak pilih pemenang. Hehehehe~
    Suasana sesi ber-karaoke.
    Pasangan mempelai bergambar bersama dengan motor berkuasa tinggi~
    Antara yang bertugas.
     
     
    Sekian dan wassallam~

    No comments:

    Post a comment