Sunday, 26 February 2012

DJ - Perkahwinan : Dewan D'Kelana

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MOHD KHAIRUL ANUAR BIN MOHD JAMIL ♥ SITI MUNIRAH BINTI DATO' SHAHRUDDIN (ENCIK MOHD JAMIL BIN YACOB & PUAN RODZIAH BINTI ONN)
  • LOKASI : DEWAN D'KELANA, KOMPLEKS SUKAN KELANA JAYA
  • TARIKH : 26hb FEBRUARI 2012 (4 RABIULAKHIR 1433H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari nie saya mengendalikan sebuah majlis persandingan di Dewan D'Kelana iaitu di Kompleks Sukan Kelana Jaya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Seperti kebiasaan, sebagai seorang Freelancer, saya akan memenuhi undangan mana-mana pihak yang menginginkan saya sebagai DJ atau pun MC. Sememangnya saya tidak terikat dengan sapa-sapa dan bergerak sendirian.

Sebenarnya tugasan saya pada hari ini telah bermula seawal sehari sebelum majlis persandingan. Meskipun tidak mempunyai majlis malam berinai kerana diadakan di dewan, tetapi atas permintaan pihak Tuan rumah, saya tetap menghadirkan diri kerana pihak Tuan akan melakukan persiapan terakhir dan inginkan hiburan. Pihak Tuan rumah, terutamanya ahli keluarga dan sanak-saudara yang hadir sangat sporting kerana masing-masing tidak mahu berhenti daripada ber-karaoke. Namun begitu, sekitar jam 12 tengah malam, saya perlu menamatkan tugasan saya dan kembali semula keesokan harinya.

Pada keesokan harinya, suasana lebih gamat dan meriah. Ini kerana, tetamu yang hadir sangat sporting dan rata-ratanya adalah dari golongan veteran. Selepas itu, pengantin pun tiba dan disandingkan. Upacara merenjis dengan lancarnya dan diteruskan dengan upacara makan beradab serta upacara memotong kek. Selepas itu, pasangan mempelai kelihatan sibuk melayan tetamu dan akhirnya berjaya 'ditangkap' oleh saya. Namun begitu, pengantin lelaki sedikit pemalu dan akhirnya, permintaan untuk menyampaikan lagu disempurnakan oleh pengantin perempuan. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah ke akhir majlis. Diharapkan semua pihak berpuas hati dengan tugasan saya dan untuk anda yang mungkin berminat, hubungi saya di 019 664 2254 atau email kan sahaja di ddeanafreelancer@gmail.com.

Majlis Pada Hari Ini
Suasana pada sebelah malamnya.
Dewan yang sedang disiapkan untuk majlis persandingan keesokan harinya.
Susun atur hidangan yang disediakan.
Antara tetamu yang hadir.
Setting dewan pada majlis persandingan berlangsung.
Salah seorang penyumbang suara.
Ahli keluarga terdekat pengantin yang menyumbangkan suara.
Tetamu yang ramai memeriahkan majlis.
Pasangan mempelai yang sedang disandingkan.
Upacara makan beradab.
Upacara memotong kek dan sesi suap-menyuap ;)
Bila kawan lama berduet.
Pasangan duet yang mantap.
Pengantin perempuan menyumbangkan suara.
Bergambar bersama pasangan mempelai.

Sekian dan wassallam~

Saturday, 25 February 2012

DJ - Perkahwinan : Persiaran Hamzah Alang, Meru

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : SAIFUL ADNIN BIN KAMSIRAN ♥ ZURIANA BINTI ZULKIFLI (ENCIK KAMSIRAN BIN KADI & PUAN SITI SAUDAH BINTI SUPARDAN)
  • LOKASI : PERSIARAN HAMZAH ALANG, MERU BARAT, KAPAR
  • TARIKH : 25hb FEBRUARI 2012
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Jom kita ikuti apa yang berlaku hari ini :)

Alhamdulillah... hari nie saya telah menyempurnakan satu lagi tugasan sebagai pengendali majlis atau pun ringkasnya sebagai DJ. Majlis bermula seawal jam 11 pagi dan berlanjutan sehingga ke 6 petang. wah, memang lama gitu! Pada mulanya, majlis berjalan sedikit perlahan tetapi keadaan mulai meriah dengan kehadiran tetamu sekitar jam 12 tengah hari. Pasangan mempelai pula tiba sekitar jam 1 petang dengan diiringi paluan kompang oleh Kumpulan Ezhar. Seterusnya, pasangan pengantin terus disandingkan dan masih lagi diiringi oleh paluan kompang tersebut.

Pasangan mempelai yang sedang disandingkan.
Pasangan mempelai disandingkan dengan iringan paluan kompang.
Saya... yang sedang bertugas =)

Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi makan beradab. Pasangan mempelai terus diarak ke meja makan beradab bersama dengan pasangan pengantin. Ketika sesi makan beradab, tetamu terus dialu-alukan untuk menikmati hidangan yang tersedia. Macam-macam ada pada hari ini iaitu:
  • Nasi minyak
  • Nasi putih
  • Pisang masak lemak cili api
  • Ayam masak merah
  • Daging masak palembang
  • Dalca
  • Air sirap
  • Kuih-muih : Karipap, pulut panggang dan apam comel ;)

Selesai saja sesi makan beradab, maka majlis diteruskan dengan sesi fotografi. Ketika itu jugalah, suasana semakin gamat dan meriah dengan kehadiran tetamu yang ingin ber-karaoke. Yang istimewa, semuanya hanya ingin duduk di bahagian belakang, menyorokkan diri untuk ber-karaoke. Kemudian, hujan pula turun membasahi bumi. Suasana sedikit gamat apabila port karaoke mulai dibasahi air hujan. Maka, kami terpaksa berhenti buat seketika dan membuat sedikit pengubahsuaian pada port karaoke tersebut.

Selesai sahaja segalanya, cuaca kembali tenang dan sesi karaoke jugak berjalan lancar serta meriah. Namun begitu, saya terpaksa berhenti pada jam 6 petang dan berada. Tetapi, majlis terus disambung pada sebelah malamnya pula, namun saya tidak dapat menghadirkan diri kerana telah mempunyai komitmen lain. Walau bagaimanapun, segalanya berjalan dengan meriah dan ceria dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan rumah di atas kesudian menjemput kami untuk memeriahkan lagi suasana :)

Tetamu yang hadir ketika majlis persandingan~
Pasangan mempelai dalam sesi makan beradab juga bersama tetamu yang sedang menikmati hidangan.
Port para penanggah yang sedang bertungkus lumus.
Wah, banyaknya lauk-pauk! :P
Tetamu yang sedang berkaraoke... dengan boss yang tengah bz setting semula tempat ;D
Repair ke boss? hehehe~
Pasangan duet. phewiiittt!!!~
Kakak pengantin yang sporting~
Lepas gian ke boss?
Hehehe... rilex ke? :)
Team pada hari ini tadi :D

Sekian dan wassallam~

Saturday, 18 February 2012

MC - Jamuan Makan Malam : Tmn Pendamar Indah Baru

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : MAJLIS JAMUAN MALAM PERPADUAN SRS DAN KELUARGA
  • PENGANJUR : PEJABAT OPERASI RUKUN TETANGGA TAMAN PENDAMAR INDAH BARU
  • LOKASI : TAMAN PENDAMAR INDAH BARU, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH : 18hb FEBRUARI 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Okey... ini adalah update terbaru. Saya baru sahaja pulang daripada mempengerusi sebuah majlis di Taman Pendamar Indah Baru, Pelabuhan Klang. Majlis yang baru saja berlalu merupakan sebuah majlis atau keramaian biasa, dan saya bertugas mempengerusi majlis tersebut. Selain daripada itu, majlis yang baru berlalu sebentar tadi sememangnya tidak mempunyai sesi karaoke. Jadi, tugasan saya menjadi lebih mudah dan cepat.

Majlis bermula seawal jam 8:15 malam dengan kehadiran tetamu VVIP yang mana terdiri daripada:

  • Dato' Mazlynoor Abd Latif - Ketua UMNO Bahagian Klang
  • Dato' Nasaruddin Md Zain - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang
  • Dato Azman Ching - Ketua Pemuda MCA Klang
  • Dato' Teh Kim Poo - Ketua MCA Bahagian Klang merangkap Pengerusi BN Klang

Selepas menenangkan hadirin yang majoritinya adalah Cina, lalu saya terus memulakan majlis dengan mengalu-alukan kehadiran tetamu VVIP, Tuan-Puan dan penduduk setempat di situ. Seterusnya, tanpa membuang masa, saya menjemput Encik Mohd Zamri Mazelam iaitu Pengerusi Rukun Tetangga untuk membuka majlis dengan ucapan pembukaan daripada beliau. Kemudian, diteruskan dengan kesemua tetamu VVIP dan dirasmikan oleh Dato' Teh Kim Poo.

Ucapan oleh Dato' Azman Ching.
Gaya Dato' Mazlynoor ketika memberikan ucapan.
Dato' Teh Kim Poo yang telah merasmikan majlis.

Selesai sahaja ucapan-ucapan tersebut dan juga perasmian, maka bermulalah pertunjukan bunga api yang telah menerangkan lagi keadaan sekeliling. Tetamu yang hadir nampaknya cukup teruja melihat pertunjukan bunga api tersebut dan selepas keadaan kembali tenang, saya mempersilakan tetamu VVIP dan hadirin yang hadir untuk terus menikmati hidangan yang tersedia. Namun, atas kekurangan informasi, saya tidak tahu daripada manakah atau siapakah caterer yang telah menyiapkan hidangan pada malam tadi iaitu mee hun goreng, nasi berserta pelbagai jenis lauk-pauk dan juga satay. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Lion Dance. Sememangnya masing-masing teruja dengan aksi singa yang menari lincah tersebut. Namun, hadirin diingatkan untuk tidak mengambil sebarang gambar meskipun camera yang digunakan tidak mempunyai flash bagi mengelakkan sebarang gangguan ketika persembahan berlangsung.

Semangat 1Malaysia... ramai yang turut serta.
Persiapan pertunjukan Lion Dance.
Pertunjukan bunga api yang menerangi suasana malam.
Saya yang bertugas sebentar tadi.

Kemudian, setelah berehat buat seketika, saya meneruskan tugasan dengan sesi cabutan yang pertama. Tetapi, sebelum bermulanya sesi cabutan bertuah ini, Dato' Teh Kim Poo telah memberikan kejutan dengan memanggil semua kanak-kanak yang bersekolah dari Darjah 6 dan ke bawah untuk diberikan angpow. Maka, kesemua kanak-kanak ini tidak melepaskan peluang beratur untuk mendapatkan angpow masing-masing. Selepas itu, bermulalah sesi cabutan bertuah secara terus-menerus sehinggalah yang terakhir di mana hadiahnya cukup istimewa iaitu sebuah basikal. Suasana ketika sesi cabutan cukup meriah, terutamanya ketika Dato' Azman Ching yang sangat fasih berbahasa Melayu dan berbahasa Mandarin. Suasana memang cukup gamat dengan hadirin yang memenuhi ruang hadapan di mana saya berdiri, dengan harapan nombor rumah masing-masing dipanggil.


30 hamper yang telah disediakan kepada mereka yang bertuah.
2 buah basikal yang merupakan grand prize.

Majlis selesai agak awal iaitu sekitar jam 10:10 malam. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu VVIP yang sudi melapangkan masa menghadirkan iri, memeriahkan lagi majlis serta menyampaikan hadiah. Tidak saya lupakan juga kepada hadirin dan hadirat yang sememangnya sporting dan tenang dalam setiap yang berlangsung. Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar dan semoga dapat bersua lagi di lain hari, lain masa dan dalam majlis yang berbeza... Insya' Allah~

Inilah dia Pusat Rondaan 'Skim Rondaan Sukarela.'
Bergambar setelah selesainya majlis.


Sekian dan wassallam~

Sunday, 12 February 2012

DJ - Perkahwinan : Kg. Baru Telok Gong

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MOHD SHAHRIL BIN SAMINGAN ♥ FUJIYANTI BINTI KISO SUDARSO (ENCIK SAMINGAN BIN MAHMUD & PUAN NGAPINAH BINTI SEPIN)
  • LOKASI : LORONG UDANG TAMPANG, KAMPUNG BARU TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH : 12hb FEBRUARI 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Yeahhh... Kembali semula bersama saya. Alhamdulillah, untuk minggu nie, hampir setiap minggu saya penuh dengan kenduri-kenduri perkahwinan. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Majlis pada hari ini berlangsung di Lorong Udang Tampang, Kampung Baru Telok Gong di Pelabuhan Klang. Perjalanan ke sana tidaklah terlalu jauh dan lebih menarik lagi pada hari ini, Tuan rumah sendiri sememangnya menyiapkan sebuah pentas yang sangat cantik untuk sesi karaoke.

Majlis bermula seperti biasa dan pada hari ini. Para penanggah juga sememangnya tidak malu untuk ber-karaoke dan ianya cukup menghiburkan kami. Dalam diam, pihak Tuan rumah turut menyediakan 3 hamper istimewa untuk penyumbang suara yang bertuah. Alhamdulillah... segala permintaan dapat ditunaikan dan kesudian otai-otai untuk menyumbangkan suara membuatkan kami rasa sungguh teruja! :)

Selain daripada itu, majlis hari ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran DJ Kieran dari Hot FM. Namun begitu, saya tidak berpeluang untuk mengetahui bagaimanakah kaitan sebenar kedatangan beliau. Apa yang saya dengari, beliau bersama salah seorang tetamu di situ yang sememangnya berasal dari Telok Gong. Tanpa diduga pula, pihak Tuan rumah requested untuk beliau menjadi DJ. Peluang tersebut kami berikan kepada beliau dan beliau tersangatlah profesional. Saya masih ingat lagi apa yang beliau katakan. Katanya, amat jarang kita lihat DJ orang kahwin ni perempuan dan sebenarnya tidak mudah menjadi DJ di majlis perkahwinan yang memerlukan seseorang tu bercakap panjang. Selepas itu, beliau terus memberikan sedikit ucapan kepada pihak Tuan rumah dan juga buat pasangan mempelai. Secara peribadinya, saya rasakan ianya sungguh profesional :)

Majlis berjalan seperti biasa selepas itu dan para penanggah dan tetamu juga sangat sporting untuk terus ber-karaoke sehingga jam 4:45 petang. Di samping itu juga, saya juga berkesempatan membuat persembahan penutup dengan 2 buah lagu. Apa pun, majlis di Telok Gong ini sememangnya meriah kerana suasana kampung dan sikap sporting semua yang menjayakan majlis tersebut. Ayuh, dapatkan segera perkhidmatan daripada saya segera! :)

Sekitar Majlis Pada Hari Ini...
DJ Kieran bersama set Pro Selamat :)
Team Pro Selamat bergambar bersama DJ Kieran.
Tetamu juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama DJ Kieran.
Pasangan mempelai yang sama padan.
Pasangan mempelai sedang disandingkan.
Upacara menabur gula-gula kepada kanak-kanak. Sememangnya sangat meriah!
Sempat juga saya bertemu sahabat saya sekali lagi di sini :D
Upacara makan beradab. Lauk-pauknya sungguh enak :P~
Upacara memotong kek.
Tetamu yang sememangnya ramai.
Macam-macam ragam tetamu yang ada =)
Antara lauk-pauk yang dihidangkan... memang sedap!
Ala-ala pasar malam... pelbagai jenis air tersedia untuk menghilangkan haus.
Yang bertugas hari ini.

Sekian dan wassallam~