Saturday, 18 February 2012

MC - Jamuan Makan Malam : Tmn Pendamar Indah Baru

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : MAJLIS JAMUAN MALAM PERPADUAN SRS DAN KELUARGA
  • PENGANJUR : PEJABAT OPERASI RUKUN TETANGGA TAMAN PENDAMAR INDAH BARU
  • LOKASI : TAMAN PENDAMAR INDAH BARU, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH : 18hb FEBRUARI 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Okey... ini adalah update terbaru. Saya baru sahaja pulang daripada mempengerusi sebuah majlis di Taman Pendamar Indah Baru, Pelabuhan Klang. Majlis yang baru saja berlalu merupakan sebuah majlis atau keramaian biasa, dan saya bertugas mempengerusi majlis tersebut. Selain daripada itu, majlis yang baru berlalu sebentar tadi sememangnya tidak mempunyai sesi karaoke. Jadi, tugasan saya menjadi lebih mudah dan cepat.

Majlis bermula seawal jam 8:15 malam dengan kehadiran tetamu VVIP yang mana terdiri daripada:

  • Dato' Mazlynoor Abd Latif - Ketua UMNO Bahagian Klang
  • Dato' Nasaruddin Md Zain - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang
  • Dato Azman Ching - Ketua Pemuda MCA Klang
  • Dato' Teh Kim Poo - Ketua MCA Bahagian Klang merangkap Pengerusi BN Klang

Selepas menenangkan hadirin yang majoritinya adalah Cina, lalu saya terus memulakan majlis dengan mengalu-alukan kehadiran tetamu VVIP, Tuan-Puan dan penduduk setempat di situ. Seterusnya, tanpa membuang masa, saya menjemput Encik Mohd Zamri Mazelam iaitu Pengerusi Rukun Tetangga untuk membuka majlis dengan ucapan pembukaan daripada beliau. Kemudian, diteruskan dengan kesemua tetamu VVIP dan dirasmikan oleh Dato' Teh Kim Poo.

Ucapan oleh Dato' Azman Ching.
Gaya Dato' Mazlynoor ketika memberikan ucapan.
Dato' Teh Kim Poo yang telah merasmikan majlis.

Selesai sahaja ucapan-ucapan tersebut dan juga perasmian, maka bermulalah pertunjukan bunga api yang telah menerangkan lagi keadaan sekeliling. Tetamu yang hadir nampaknya cukup teruja melihat pertunjukan bunga api tersebut dan selepas keadaan kembali tenang, saya mempersilakan tetamu VVIP dan hadirin yang hadir untuk terus menikmati hidangan yang tersedia. Namun, atas kekurangan informasi, saya tidak tahu daripada manakah atau siapakah caterer yang telah menyiapkan hidangan pada malam tadi iaitu mee hun goreng, nasi berserta pelbagai jenis lauk-pauk dan juga satay. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Lion Dance. Sememangnya masing-masing teruja dengan aksi singa yang menari lincah tersebut. Namun, hadirin diingatkan untuk tidak mengambil sebarang gambar meskipun camera yang digunakan tidak mempunyai flash bagi mengelakkan sebarang gangguan ketika persembahan berlangsung.

Semangat 1Malaysia... ramai yang turut serta.
Persiapan pertunjukan Lion Dance.
Pertunjukan bunga api yang menerangi suasana malam.
Saya yang bertugas sebentar tadi.

Kemudian, setelah berehat buat seketika, saya meneruskan tugasan dengan sesi cabutan yang pertama. Tetapi, sebelum bermulanya sesi cabutan bertuah ini, Dato' Teh Kim Poo telah memberikan kejutan dengan memanggil semua kanak-kanak yang bersekolah dari Darjah 6 dan ke bawah untuk diberikan angpow. Maka, kesemua kanak-kanak ini tidak melepaskan peluang beratur untuk mendapatkan angpow masing-masing. Selepas itu, bermulalah sesi cabutan bertuah secara terus-menerus sehinggalah yang terakhir di mana hadiahnya cukup istimewa iaitu sebuah basikal. Suasana ketika sesi cabutan cukup meriah, terutamanya ketika Dato' Azman Ching yang sangat fasih berbahasa Melayu dan berbahasa Mandarin. Suasana memang cukup gamat dengan hadirin yang memenuhi ruang hadapan di mana saya berdiri, dengan harapan nombor rumah masing-masing dipanggil.


30 hamper yang telah disediakan kepada mereka yang bertuah.
2 buah basikal yang merupakan grand prize.

Majlis selesai agak awal iaitu sekitar jam 10:10 malam. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu VVIP yang sudi melapangkan masa menghadirkan iri, memeriahkan lagi majlis serta menyampaikan hadiah. Tidak saya lupakan juga kepada hadirin dan hadirat yang sememangnya sporting dan tenang dalam setiap yang berlangsung. Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar dan semoga dapat bersua lagi di lain hari, lain masa dan dalam majlis yang berbeza... Insya' Allah~

Inilah dia Pusat Rondaan 'Skim Rondaan Sukarela.'
Bergambar setelah selesainya majlis.


Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a comment