Sunday, 25 March 2012

MC - Perkahwinan : Crystal Crown Hotel

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : AZREEN BINTI AHMAD ZAINAL ♥ AHMAD SAIFI BIN SOHAIMEH (ENCIK AHMAD ZAINAL BIN AMIR & PUAN ZARELAH BINTI MOHAMMED)
  • LOKASI : CRYSTAL BALLROOM, LEVEL 1, CRYSTAL CROWN HOTEL, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH :  25hb MAC 2012 (2 JAMADILAWAL 1433H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Saya baru sahaja pulang dari mengendalikan sebuah majlis perkahwinan. Cuma bezanya kali ini, ianya diadakan di sebuah hotel iaitu di Crystal Crown Hotel, Pelabuhan Klang. Di samping itu pula, kali ini saya bersama dengan Encik Kassim yang mana telah meminta saya untuk mempengerusikan majlis persandingan pada hari ini. Saya tiba di lokasi agak awal sebab terasa macam sedikit gugup pula hari ini. Ini disebabkan pada hari ini, majlis akan diserikan lagi oleh persembahan daripada kumpulan Sweet Melody. Jadi, saya sedikit gementar tentang suasana untuk mengendalikan majlis tersebut. Al-maklum lah, kebiasaannya saya mengendalikan majlis bersama dengan set karaoke.

Walau bagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah... Encik Kassim banyak memainkan peranan dengan memberikan saya peluang dan ruang untuk bercakap bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini. Suasana majlis sememangnya sangat meriah ditambah pula dengan hidangan catering yang sangat menyelerakan. Pasangan mempelai tiba sedikit lewat atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Seperti kebiasaan juga, pasangan mempelai diarak dan seterusnya disandingkan di atas pelaminan yang serba indah. Pasangan pengantin kelihatan sangat dan sedondon. Istimewanya majlis pada hari ini adalah kerana, pasangan mempelai turut dihiburkan oleh persembangan tarian ketika sedang disandingkan.

Selesai sahaja upacara merenjis pasangan mempelai, majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab. Sekali lagi, pasangan mempelai dihiburkan dengan persembahan tarian yang sememangnya mengasyikkan. Selepas itu, pasangan mempelai menukar persalinan dan muncul semula dengan persalinan yang sangat istimewa untuk upacara memotong kek. Ketika pasasngan mempelai sedang menukar persalinan, tetamu terus dihiburkan oleh kumpulan Sweet Melody yang menghidangkan pelbagai jenis lagu. Selain daripada itu pula, atas jemputan pihak Tuan rumah, majlis turut diserikan lagi oleh seorang penyanyi lelaki yang menyampaikan beberapa buah lagu.

Alhamdulillah... segalanya berjalan dengan lancar pada hari. Saya juga berpuas hati kerana dapat bekerjasam dengan Encik Kassim dan juga bersama kumpulan Sweet Melody. Apa yang diharapkan adalah agar pihak Tuan rumah dan tetamu juga turut terhibur. Seandainya terdapat kekurangan, harap dapat dimaafkan dan Insya' Allah bersua lagi di majlis yang lainnya :)

 Kerja Saya Pada Hari Ini
Setting untuk kumpulan Sweet Melody.
Pelamin yang sangat indah.
Jemputan yang datang pelbagai bangsa.
Suasana di dalam Crystal Ballroom.
Hidangan yang sangat lazat dan menyelerakan!
Pasangan mempelai sedang disandingkan.
Pasangan mempelai dihiburkan dengan persembahan tarian ketika disandingkan.
Pose istimewa sebelum upacara makan beradab bermula.
Ala manjanya ;)
Sekali lagi pasangan mempelai dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian.
Keluarga pihak pengantin lelaki.
Hiburan daripada kumpulan Sweet Melody.
Upacara memotong kek.
Suapan si suami kepada isteri ;)
Pose istimewa daripada pasangan mempelai di atas pelamin.
 
Saya yang bertugas pada hari ini :D

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a comment