Sunday, 23 September 2012

DJ - Perkahwinan : Kg. Baru Telok Gong, Pelabuhan Klang

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MOHD HAIROLANUAR BIN IHWAN ♥ NUR DILLA FARHANA BINTI SALEHHUDIN (PUAN MARWIYAH BINTI RAJIKIN & ANAKANDA HANISAH BINTI IHWAN)
  • LOKASI : KG. BARU TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH : 22 & 23hb SEPTEMBER 2012 (7 ZULKAEDAH 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Fuh, lega rasanya apabila satu majlis telah selesai! :) Ianya bukanlah satu keluhan daripada saya tetapi kelegaan kerana telah berjaya dan selesai menyempurnakan satu lagi pada hari ini. Al-maklumlah, sejak bercuti lama sekitar bulan Ramadhan yang lalu, setiap job yang mendatang dirasakan seperti ada satu keterujaan dan sedikit debaran. Alhamdulillah, majlis pada hari ini berjalan dengan baik dengan pelbagai karenah tetamu serta upacara cabutan bertuah yang menceriakan suasana. Sebenarnya tugasan saya telah pun bermula sehari sebulan majlis persandingan tersebut. Meskipun tiada upacara berinai diadakan, kehadiran saya adalah diperlukan bagi sesi jamming karaoke suka-suka pada malam tersebut. Sememangnya, sambutan yan diterima terlalu menggalakkan sehinggakan saya rasa seperti tidak cukup tangan.

Pada hari berlangsungnya persandingan, saya tiba sedikit awal. Segala juadah telah pun disiapkan dan penyertaan untuk ber-jamming karaoke suka-suka juga dibuka seawal yang mungkin. Ini kerana, saya perlu membahagikan tugas dengan sesi cabutan bertuah juga yang mana menyediakan sebanyak 80 hadiah untuk para penanggah. Sememangnya permintaan untuk ber-karaoke sangatlah tinggi namun saya terpaksa membataskan permintaan tersebut demi menyelesaikan sesi cabutan bertuah. Apa yang saya harapkan adalah tetamu yang hadir memahami keadaan tersebut. Layan dulu gambar-gambar tetamu yang menonjolkan bakat-bakat mereka sebelum ketibaan mempelai.

Membuka majlis dengan bacaan doa.
Ini dia otai tunjuk taringnya!
Anak muda yang ber-karaoke.
Otai wanita juga tidak melepaskan peluang.
Kanak-kanak yang berani.
Saya juga tidak melepaskan peluang. Hehehehe~ 
Antara hidangan pada hari ini.
Tuan rumah yang setia menanti ketibaan tetamu.
Antara hadiah untuk nombor cabutan bertuah yang disediakan.
Kanak-kanak yang menerima hadiah cabutan bertuah :)
Antara penanggah yang turut menerima hadiah... bertuah ye!
Mempelai yang baru tiba.
Mempelai tiba lebih kurang jam 2 petang dengan diiringi oleh paluan kompang. Mempelai diarak dan kemudian disandingkan seketika di hadapan rumah sebelum dibawa ke pelamin untuk disanding dan ditepung tawar. Sebelum mempelai diarak masuk dan dibawa ke pelamin, sudah menjadi kelaziman di Telok Gong ini adalah upacara menabur gula-gula. Namun, disebabkan ketiadaan informasi, saya tidak dapat mewar-warkan upacara tersebut terlebih dahulu. Tetapi sambutan daripada kanak-kanak yang ada tetap juga meriah kerana mereka sudah bersiap sedia terlebih awal untuk mengutip taburan gula-gula yang ditabur oleh mempelai.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara persandingan dan menepung tawar. Keluarga pasangan mempelai sememangnya telah bersiap sedia dan tiada sebarang kesulitan ketika upacara menepung tawar berlangsung. Upacara menepung tawar berjalan sedikit lama dan selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan mempelai untuk upacara makan beradab. Pada ketika itu, sesi cabutan bertuah kembali semula dan selepas itu, sesi ber-karoake turut disambung. Sememangnya suasana sungguh ceria dengan pelbagai telatah tetamu yang datang untuk memilih lagu juga yang terkejar-kejar untuk mengambil hadiah apabila nombor mereka dipanggil ketika cabutan bertuah. Jom layan dulu gambar-gambar di bawah.


Kumpulan kompang yang mengiringi mempelai.
Mempelai yang disandinkan seketika di bahagia luar rumah.
Tetamu yang memenuhi ruang yang disediakan.
Wah, memang ramai!
Kanak-kanak yang berebut untuk mengutip gula-gula yang ditaburkan.
Upacara menepung-tawar yang sedang berjalan.
Posing istimewa mempelai di atas pelamin.
Ketika upacara makan beradab.
Dalam kesibukan melayan tetamu yang ber-karaoke, majlis tetap berjalan dengan upacara memotong kek. Selepas itu, pasangan mempelai pun berjalan untuk berjumpa dengan tetamu serta bersalaman. Pada ketika itu, saya berjaya mendapatkan pengantin perempuan untuk menyampaikan 2 buah lagi dan seterusnya mencabut 3 nombor terakhir. Selesai sahaja upacara tersebut, saya turut memberikan cenderhati kepada pasangan mempelai yang sememangnya sporting dalam melayan permintaan saya. Majlis selesai sekitar jam 5 petang. APa yang saya harapkan, pihak Tuan rumah gembira dengan cara kendalian saya pada hari ini dan semoga ikatan perkahwinan antara pasangan mempelai ini akan berkekalan selama-lamanya. Selamat Pengantin Baru!

Pengantin perempuan yang sporting untuk ber-karaoke.
Penyampaian hadiah oleh pengantin perempuan.
Grand prize yang disampaikan oleh pasangan mempelai.
Cenderahati untuk pasangan mempelai.
Bergambar kenangan bersama pasangan mempelai.

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a comment