Monday, 11 February 2013

Wedding Kasmarini ♥ Shazeer : Dewan Al-Islah, Jln. Kastam, Pel. Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : KASMARINI BINTI BAHARUDDIN ♥ AHMAD SHAZEER BIN MOHAMED THAHEER (ENCIK BAHARUDDI BIN OMAR & PUAN ZAINU BINTI YUSUFF)
  • LOKASI : DEWAN AL-ISLAH, JALAN KASTAM, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH : 10hb FEBRUARI 2013
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini cerita saya adalah tentang majlis persandingan salah seorang sahabat saya sendiri. Sebenarnya, tugasan ini adalah permintaan di saat-saat akhir daripada salah seorang ahli daripada salah satu team yang sering saya ikuti. Meskipun mood saya adalah untuk meraikan Tahun Baru Cina, namun saya tidak menghampakan permintaan tersebut dan persiapan biasa saya lakukan dengan sebaik-baiknya. Pada awalnya, saya tidak mengetahui langsung tentang majlis tersebut kerana ia merupakan majlis di sebelah pihak perempuan. Saya hanya mengetahuinya setelah tiba di lokasi majlis.

Saya memulakan tugasan saya seperti biasa dan jemputan mula memenuhi ruangan dewan sekitar 12 tengah hari. Pelbagai lauk-pauk dihidangkan dan saya terus menjemput tetamu untuk menjamu selera sambil berhibur dengan pelbagai lagu yang diputarkan.

Antara hiasan di bahagian Guest Book :)
Pemanis mulut untuk tetamu.
Hidangan utama yang memang best!
Juadah cendol ketika berborak sakan bersama saudara-mara.
Antara tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis.

Mempelai tiba awal daripada yang dijangkakan. Perancangan awalnya adalah mempelai akan disandingkan terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti dengan makan beradab serta diakhiri dengan menepung-tawar. Namun atas beberapa faktor, majlis perlu diteruskan dengan plan biasa iaitu mempelai diarak masuk dan menuju ke singgsahsana pelamin. Kemudian, majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dan bacaan doa telah dilakukan oleh Encik Muhd Fauzi bin Jaafar. Mempelai disandingkan dan diikuti dengan upacara menepung-tawar.


Mempelai yang tiba diarak masuk ke singgahsana pelamin.
Bacaan doa bagi memberkati majlis.
Mempelai ketika di atas pelamin ketika bacaan doa.
Upacara menepung-tawar dimulakan oleh ayahanda dan bonda mempelai wanita.
Upacara menepung-tawar diteruskan oleh ayahanda dan bonda mempelai lelaki.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan upacara makan beradab dan diikuti dengan upacara memotong kek. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan suasana majlis meriah dengan persembahan istimewa daripada adik-beradik mempelai lelaki yang menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada mempelai dan diharapkan semua gembira dengan cara pengendalian saya. Terima kasih~

Sesi makan beradab yang turut disertai ahli keluarga yang lain.
Suapan suami buat isteri.
Suapan daripada isteri pula suami.
Upacara memotong kek oleh mempelai.
Pandangan manja oleh isteri ketika disuapkan oleh suami.
Suapan penuh kasih sayang daripada isteri pula.
Adik mempelai lelaki yang baru naik pelamin menyumbang suara.
Paduan suara adik dan abang mempelai lelaki memeriahkan lagi majlis.
Jurugambar juga tidak melepaskan peluang melepaskan gian~
Gambar kenangan bersama ahli keluarga dan sanak-saudara mempelai lelaki.

Gambar kenangan bersama ayahanda dan bonda mempelai wanita.
Gambar kenangan bersama mempelai sebelum mengakhiri tugasa :)

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment