Tuesday, 5 March 2013

DJ - Perkahwinan : Jalan Haji Musran, Rantau Panjang, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERSANDINGAN
  • PASANGAN : FAZURARINA BINTI TOHIRRUDIN ♥ MUHAMMAD ZULKIFLI BIN OTHMAN (PUAN ALAWIYAH BINTI TASLIM & KELUARGA)
  • LOKASI : JLN. HJ. MUSRAN, RANTAU PANJANG, KLANG
  • TARIKH : 3hb MAC 2013 (20 RABIUL AKHIR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini saya hendak bercerita tentang majlis yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu di Jalan Haji Musran, Rantau Panjang, Klang. Majlis sememangnya meriah kerana semua yang ada pada hari tersebut gemar ber-karaoke. Oleh itu, majlis sememangnya diserikan dengan sesi jamming karaoke sejak awal pagi lagi dengan pelbagai gelagat dan lagu. Tetamu pula sudah mula memenuhi ruangan majlis sekitar jam 11 pagi dan saya terus mempersilakan tetamu menjamu selera dengan pelbagai hidangan iaitu:
  • Nasi putih & nasi minyak
  • Dalca
  • Rendang daging
  • Sambal goreng
  • Ayam goreng
  • Acar buah
  • Rebung masak lemak cili api
  • Air sirap & air mineral
  • Pelbagai jenis kerepek
  • Pelbagai jenis kuih-muih

Tetamu yang memenuhi ruangan majlis.
Tetamu yang hadir mengambil hidangan yang disediakan.
Antara lauk-pauk yang disediakan.
Pembuka tirai sesi jamming karaoke suka-suka.


Mempelai tiba sekitar jam 12:50 tengah hari dengan diiringi oleh Kumpulan Kompang Wetan dari Jalan Haji Musran, di bawah pimpinan Encik Din. Mempelai kemudiannya disandingkan seketika sebelum pintu masuk halaman rumah. Ketika itu, mempelai telah diraikan dengan persembahan silat oleh Pertubuhan Seni Silat Gerak Teras Pasak Bumi Melayu Malaysia.

Selesai sahaja persembahan silat, mempelai diarak masuk menuju ke singgahsana pelamin yang mana terletak di bahagian dalam rumah. Mempelai disandingkan seketika dan majlis selepas itu diteruskan dengan upacara menepung tawar yang mana telah dimulakan oleh keluarga sebelah mempelai lelaki yang terdiri daripada:

  • Bonda mempelai lelaki

Ibu dan bapa saudara
  • Mak ngah
  • Pak lang & Mak lang
  • Encik Rozali & Puan Faridah
  • Encik Zamri & Puan Linda
  • Encik Rashid & Puan Eda
  • Encik Jaafar & Puan Faridah
  • Encik Yasin & pasangan

Upacara menepung tawar diteruskan dengan menjemput keluarga sebelah mempelai wanita pula yang mana terdiri daripada:

Kekanda
  • Encik Fairuz Amri & Puan Rohaida
Ibu dan bapa saudara sebelah ibu
  • Puan Dasilah
  • Puan Saonah
  • Puan Hamimah
  • Encik Abdul Ghani
  • Puan Yahani
  • Puan Sulina
Ibu dan bapa saudara sebelah bapa (arwah)
  • Puan Aziah
  • Puan Hasnah
  • Encik Abdul Jalal
  • Encik Fauzi
  • Pak Long Gombak

Mempelai lelaki bersedia untuk berarak.
Apabila mempelai lelaki dan wanita bertemu.
Mempelai bersiap sedia untuk disandingkan.
Persembahan silat yang membuka tirai persembahan.
Mempelai yang disandingkan seketika persembahan silat berlangsung.
Mempelai berarak masuk menuju ke singgahsana pelamin.
Persembahan oleh kumpulan kompang.
Mempelai sedang disandingkan.
Upacara menepung-tawar sedang berlangsung.


Selesai sahaja upacara menepung tawar, majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab dan disusuli pula upacara memotong kek setelah mempelai menukar persalinannya. Selepas itu, sesi jamming karaoke suka-suka diteruskan dan cubaan saya mendapatkan mempelai gagal sebenarnya. Mempelai lelaki cuba mengelak manakala mempelai wanita pula sememangnya menolak untuk tampil walau seketika di bahagian saya dan rakan setugas.


Ketika majlis sudah hampir ke penghujung, mempelai lelaki pada asalnya tampil untuk memberikan sedikit ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah bergotong-royong. Namun begitu, kesempatan tersebut telah saya gunakan sebaiknya dengan mendera mempelai untuk menyampaikan sebuah lagu. Permintaan saya tidak dihampakan dan akhirnya mempelai menghiburkan tetamu dengan sebuah lagu duet meskipun majlis sudah semakin hampir ke penghujung. Walau apa pun, terima kasih untuk semua dan seronoklah kerana mempelai sporting untuk didera! :)


Mempelai lelaki menadah tangan kesyukuran ketika bacaan doa.
Suapan isteri kepada suami.

Suapan suami kepada isteri tercinta.
Kek yang disediakan untuk mempelai.
Sesi suap-menyuap ketika upacara memotong kek.
Sanak-saudara yang mengambil kesempatan ber-karaoke.
Mempelai yang didera sebagai penutup tirai majlis :D

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a comment