Monday, 1 April 2013

DJ - Perkahwinan : Pangsapuri Tmn. Pendamar Indah II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ni saya nak berkongsikan sebuah cerita tentang majlis perkahwinan yang simple dan sempoi. Ianya adalah atas permintaan Tuan rumah agar saya mengendalikan majlis tersebut secara santai. Acara kemuncak sebenarnya adalah pada sebelah malam manakala pada sebelah siangnya hanya acara gotong-royong dalam penyediaan makanan. Oleh yang demikian, sambil bergotong-royong, ada juga yang sempat mencuri masa untuk ber-jamming karaoke suka-suka.


Masak-memasak sedang dilakukan.
Ahli keluarga yang bersantai sambil berhibur.
Antara yang melepaskan gian pada siang hari.

Nyanyi... jangan tak nyanyi.

Adik yang berani menyumbang beberapa buah lagu.


Majlis pada sebelah malamnya bermula sekitar jam 8:45 malam. Tetamu yang hadir sememangnya ramai dan hiburan dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada majlis tahlil. Selepas itu, suasana kembali rancak dan tetamu juga tidak putus-putus tiba sehingga jam 12 tengah malam.

Makan... jangan tak makan~
Ini dia... adik-adik yang sempoi ber-karaoke~

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a comment