Wednesday, 12 March 2014

Terma & Syarat



1) Pihak DFE bukanlah bertindak sebagai Wedding Planner. Anda sebagai Tuan Rumah/Mempelai yang merancang dan bagitahu kepada DFE. (nak DFE rancang, kos bertambah).

2) DFE tidak akan berhubung dengan pihak dewan dan tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang permasalahan. (nak DFE uruskan, kos bertambah).

3) Masa perkhidmatan: kalau ada apa-apa sebelum masa perkhidmatan, sila bagitahu. DFE hanya sediakan ikut apa yang sudah dipersetujui. (anda tidak ada hak nak mengarahkan DFE untuk memenuhi keperluan anda sebelum masa perkhidmatan yang telah dipersetujui).

4) Deposit: tak dipulangkan walaupun majlis tak jadi, tempat tak ada elektrik, black out etc.

5) Settle bayaran on the same day. (atas budi bicara)

6) Pertembungan program - Malam berinai (karaoke), tiba-tiba ada marhaban ke apa ke... DFE tak dimaklumkan... DFE tunggu 1 jam je... pastu balik tanpa pemulangan wang, deposit dan bayaran penuh mesti dilakukan.

7) Harga yang diberikan TIDAK TERMASUK sebarang perbincangan face-to-face. (atas budi bicara kalau turun Shah Alam/Klang).




TERMA & SYARAT
Sesiapa atau mana-mana individu yang berhubung terus atau secara tidak langsung mahu pun berurusan melalui orang tengah dan sebagainya yang membawa kepada penggunaan perkhidmatan daripada DDeana Freelancer Enterprise (SA 0212167-V) untuk apa jua majlis dan tujuan
=============================
  • Sila kemukakan sebarang permintaan-permintaan yang terperinci kepada saya sekurang-kurangnya DUA (2) minggu sebelum majlis bermula. Urusan permintaan-permintaan di saat-saat akhir akan tetap dilayan atas budi bicara dan ini merangkumi semua aspek sama ada berunsur permintaan peribadi dalam pengendalian majlis, permintaan sampingan seperti lagu-lagu dan sebagainya.
  • Sehubungan dengan itu, bermula 1hb Januari 2013, apa jua bentuk perkongsian sama ada berbentuk visual dan informasi yang saya paparkan melalui nama syarikat saya ini adalah hak milik saya. Toleransi, pertikaian, permintaan peribadi dan permintaan-permintaan lain sama sekali TIDAK AKAN DILAYAN selepas tamatnya urusan.
  • Sebarang bentuk perkongsian sama ada berbentuk visual dan informasi yang saya paparkan melalui nama syarikat saya ini SEBELUM tarikh yang dinyatakan, hanya akan dilayan atas budi bicara saya sahaja. Terma dan syarat ini berkuatkuasa serta-merta.
Harap maklum dan terima kasih.

No comments:

Post a comment